phone: +6012 345 6789
e-mail: lamankeluarga@gmail.com

Friday, February 7, 2020

6 Tips Murah Rezeki Yang Boleh Diamalkan

Assalamualaikum semua...

Kali ni kami ingin kongsikan tips atau panduan Murah Rezeki. Kita tahu dan sedar setiap dari kita menginginkan rezeki yang banyak dan berlimpah ruah. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang sedang mengalami masalah kewangan dalam kehidupan.

Selain dari usaha bersungguh-sungguh, ada beberapa tips yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.


Amalan Yang Memudahkan Rezeki Datang

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

Sentiasa Ingat Kepada Allah
Sentiasa ingat kepada Allah. Kita tahu bahawa Allah pemberi segala rezeki langit dan bumi. Jadi, sebagai hambaNya, kita mesti selalu mengingati Allah sama ada dengan berzikir, berdoa dan melakukan amal kebaikan kerana Dia.

Membantu Golongan Orang Miskin
Bila kita membantu lebih ramai orang miskin atau dalam kesusahan, Allah membantu kita berkali ganda.

Membantu Penuntut Ilmu
Menuntut ilmu adalah salah satu jihad dalam Islam. Bila kita membantu memudahkan seseorang untuk menuntut ilmu, in sha Allah, urusan kita juga turut dipermudahkanNya.

Bersyukur Atas Nikmat
Sebagai hamba Allah, kita mesti sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diperolehi. Makin banyak kita bersyukur, makin banyak Allah kurniakan rezeki ke atas kita.

Bersedekah Secara Istiqamah
Bersedekah sedikit-sedikit secara berterusan itu lebih baik daripada sedekah banyak tapi sekali sekala sahaja. Tidak pernah rugi orang yang suka bersedekah.

Istighfar dan Bertaubat
Istighfar dan bertaubat setiap hari. Kita manusia biasa yang selalu berdosa. Tanpa sedar, dosa-dosa itu boleh menyempitkan rezeki kita. Oleh itu, pentingnya untuk sentiasa mohon ampun daripadaNya.

Apa yang kami cuba kongsikan ini hanyalah sekadar perkongsian. Yang paling penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah SWT. Semoga anda boleh beramal dengan tips ini.

Sumber | Info Pelajar

Thursday, February 6, 2020

Krematorium di Wuhan Beroperasi 24 jam Mengakibatkan Pekerja Keletihan


KREMATORIUM adalah tempat membakar mayat. Di Wuhan, krematorium didakwa beroperasi 24/7 bagi membakar mayat-mayat yang telah menjadi korban wabak 2019 n-Cov atau novel coronavirus.

Melihatkan itu, pekerja-pekerja krematorium dilaporkan terpaksa bekerja tanpa henti kerana mayat sentiasa dihantar untuk dibakar. Mereka mendakwa sekurang-kurangnya 100 mayat dibakar setiap hari sejak 28 Januari lalu.

Menurut salah seorang pekerja yang ingin dikenali sebagai Yun, "90 peratus pekerja 24/7. Kami tidak dapat pulang ke rumah. Semua rumah pembakaran mayat di Wuhan beroperasi 24 jam."

"Kami sangat memerlukan lebih banyak tenaga kerja saat ini."


Sumber: mStar Online

Tuesday, January 14, 2020

Budak OKU dijangkiti Influenza A Meninggal Dunia

Kredit Photo: Sinar Harian

SUBANG JAYA - Seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU) yang disyaki dijangkiti Influenza A setelah mengalami demam sejak Jumaat lalu disahkan meninggal dunia semalam.

Ibunya, Nek Mudzlifah Abdul Kahar, 48; berkata, "Pada mulanya dia menyangka anaknya, Faiz Fauzan Pauzul Kamil, 12 hanya mengalami demam biasa."

"Awalnya saya bawa ke klinik selepas dia demam sejak malam (Jumaat), tapi doktor maklumkan dia hanya alami demam biasa dengan suhu badan 38 darjah Celcius."

"Kemudian kami bawanya ke hospital swasta pada malam Sabtu selepas dia alami sawan dan ketika itu barulah doktor maklumkan dia dijangkiti Influenza A selepas pemeriksaan lanjut dijalankan," katanya.

Dia dan suami telah mengambil langkah awal, namun redha dengan ketentuan Ilahi. "Saya tak pasti macam mana dia terkena jangkitan cuma sebelum ini suami ada alami demam, namun sihat seperti sedia kala selepas mengambil ubat. Jangkitan itu mungkin juga terkena di luar."

"Pesanan saya, jika anak-anak demam lakukan pemeriksaan lanjut. Pihak klinik boleh ambil inisiatif, syorkan kepada pesakit buat ujian darah supaya wabak itu dapat dicegah awal kerana sekarang ini memang musim Influenza A,"katanya.

Admin mendoakan agar keluarga adik Faiz Fauzan tabah menghadapi ujian ini.

Friday, December 14, 2018

Family Day Nek Z 2018 Meriah Dengan Tema Mesra Kasih Bersaudara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Okay… Aqil nak cerita pada 10 dan 11 November lalu, Aqil dan family sebelah Ibu mengadakan Sambutan Hari Keluarga Nek Z 2018 di A’Famosa Resort, Melaka. Dengan tema “Mesra Kasih Bersaudara”, kami bertolak lebih kurang jam 2.30 petang. 


Oh ya! Sebelum tu kenapa Nek Z? Nek Z adalah panggilan buat nenek tersayang yang diberi nama Zaimah. Memandangkan nenek lah generasi pertama buat keluarga ini, jadi nama Nek Z terus melekat hingga ke hari ini. Hehehe

Inilah Nek Z

Sambung semula kisah di Hari Keluarga Nek Z. Dan, kami sampai lebih kurang jam 3.20 petang. Aktiviti bermula 4.15 petang. Meriah sekali bila dapat berkumpul dengan ahli keluarga. Walaupun tidak semuanya yang dapat hadir, tetapi bilangan ahli keluarga Nek Z sebenarnya semakin hari semakin bertambah. Memang awesome dan gempak lah kalua buat aktiviti kan. 

Okay…. Jom tengok beberapa gambar yang Aqil upload untuk tatapan pembaca blog ni. 








Best ke tak best Family Day Aqil ni? Cuba korang pula kongsikan aktiviti keluarga korang di komen di bawah. Hehe...

Monday, November 5, 2018

Tambah Pendapatan Dengan 8Coin Di Media Sosial

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Mesti ada yang pernah dengar tentang 8Share dulu kan? Kalau korang nak tahu, sekarang ni dah tak panggil 8Share dah. Ia dah dikenali dengan 8Coin. Ia telah diberi nafas baru oleh Media Prima Labs dan Rev Asia. Jadi, korang yang nak tambah duit poket ni dah boleh guna 8Coin dengan lebih mudah kerana terdapat dalam bentuk aplikasi dan ada lebih banyak ganjaran menarik yang korang boleh dapatkan. Yang minat barangan FREE pasti seronok kan!
 
 
Macam mana nak mula?
 
First, korang kena lah download aplikasi 8Coin ni di App Store dan Playstore. Percuma je taw! Kemudian, korang isi lah maklumat korang untuk memudahkan pendaftaran dan pembayaran ganjaran korang tuh nanti.
 
 
Selain daripada korang boleh dapat barangan secara percuma, korang juga boleh tambah duit poket korang. Wow!! Agak-agaknya macam mana tu?? Mudah saja. Selepas korang dah kumpul coins korang, cukup 5,000 coins, korang dah boleh cash out. Tak susah mana pun nak tambah kan coins korang tuh... Korang kena lah rajin share artikel (di bahagian Specials) yang disediakan dengan kandungan menarik di laman media sosial korang. Senang sangat kan zaman sekarang ni nak tambah duit. Nak atau Tak Nak je kita ni. 

Selain itu, secara tak langsung 8Coin juga ada menyediakan platform jenama barangan dari luar untuk mempromosikan lagi jenama mereka di media sosial.
 
 

Lepas korang dah share artikel korang dari ruangan "Specials" ni, setiap Unique Visitor (UV) yang klik dan visit link tuh, korang akan dapat ganjaran. Then, korang boleh lah tebus coins terkumpul tu dan tukar jadi wang tunai atau korang juga boleh dapatkan pelbagai tawaran menarik untuk tukar coins kepada barangan seperti Voucher KFC, Starbucks card, H&M Gift, dan banyak lagi. 



So.... cepat-cepat la Install aplikasi 8Coin ni sekarang. Klik sini untuk mulakan hidup lebih ceria dengan perolehi banyak ganjaran!

Wednesday, October 24, 2018

Tips Jimat Dengan 5 Makanan Bujang Ini!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Okay… Rasanya semua pun tahu dengan istilah “Makanan Bujang” ni kan. Dan… sememnangnya ia menjadi pilihan yang cukup terkenal buat student ataupun yang masih bujang. Sebab ia membawa maksud kepada makanan yang murah dan menjimatkan.

Tetapi tak bermaksud “Makanan Bujang” ini dikhaskan untuk golongan tersebut sahaja. Sekiranya anda yang mungkin dalam keadaan terdesak atau sedang menyimpan dan mengawal perbelanjaan, pasti “Makanan Bujang” ini menjadi pilihan utama. Of course lah ia cukup untuk mengalas perut daripada kelaparan.

Jom ikuti lima jenis “Makanan Bujang” yang anda ambil apabila sedang berhadapan dengan poket kekeringan:-
 
 

1. Mi Segera
Paling popular dan amat dikenali ramai adalah Maggi, walaupun ada juga jenama lain yang popular. Ia bukan setakat murah, tetapi juga mengenyangkan. Penyediaan yang  mudah dan ringkas, memang mi segera menjadi pilihan ramai.

Harga untuk sebungkus mee segera masih berada di sekitar RM4, dengan sebungkus mengandungi 5 paket. Cukup untuk hidangan beberapa hari.
 
 

2. Nasi Bujang
Jika zaman belajar, nasi bujang ini memang sangat popular. Hanya nasi putih, telur dadar, sup dan sedikit sambal belacan. Ada sesetengah penjual, mereka akan letak sedikit ulam seperti timun.

Harga satu set nasi bujang sekitar RM3.00 sahaja. Jika anda memang seorang yang kena makan nasi dan tekak tak boleh terima makanan lain, nasi bujang adalah pilihan yang terbaik. Makan tengahari boleh kenyang sampai malam.
 
 

3. Nasi Lemak
Dulu-dulu, nasi lemak hanya dijadikan sebagai hidangan pada waktu pagi sahaja. Namun, nasi lemak kini dijual pada setiap masa – tidak kira waktu siang atau malam.

Denga harga nasi lemak yang masih berpatutan, ada kedai yang masih menjualnya pada harga RM1. Kalau betul-betul nak berjimat, boleh makan sebungkus di waktu pagi, sebungkus tengahari dan sebungkus lagi di waktu malam.
 
 
 
4. Roti + Kaya
Roti campur kaya, kelazatan yang sangat enak untuk dinikmati. Roti sebungkus yang berharga bawah RM3, biasanya boleh bertahan selama seminggu.

Kaya pula boleh tahan berbulan lamanya, tengok pada tarikh luput kaya tersebut. Makanan ringkas seperti ini boleh dijadikan sebagai bekal ketika anda ke tempat kerja, dan juga sebagai bekal untuk anak-anak yang bersekolah.
 
 
 
5. Biskut Kering + Air Panas
Hidangan biskut kering bersama air panas seperti teh atau kopi, ternyata dapat memukau mereka yang menikmatinya. Waktu kelihatan berjalan amat perlahan, ketika anda sedang mencicah dan menyuapkannya ke dalam mulut.

Jika biskut kering dimakan bersendirian, atau teh dan kopi diminum secara bersendirian; memang tak kena dan tak kenyang. Tapi bila digabungkan bersama, memang amat jimat dan mengenyangkan.
 
Sumber: http://www.majalahlabur.com/

Friday, September 7, 2018

TUN M AND TUN SITI’S LEGO MURAL UNVEILED AT CAROUSELL’S “SAYANGI MALAYSIAKU” LEGO ART EXHIBITION IN SUNWAY PYRAMID

As Malaysians celebrate the country’s 61st independence day, Carousell, Republic of Bricks (ROB) and Sunway Pyramid Mall unveiled an array of unique murals built entirely from LEGO bricks celebrating our country.



Tun Dr. Mahathir Mohamad and Tun Dr. Siti Hasmah’s LEGO mural is the highlight of the exhibition, beginning today to Sunday, 2 September 2018 at LG2, Central Avenue, Sunway Pyramid.

18 unique LEGO mosaics will also be on display, featuring interesting Malaysian moments, culture and sceneries, coupled with LEGO-themed activities for visitors by Carousell. LEGO fans can also connect with LEGO collectors across Malaysia on Carousell.

“The LEGO builders and fans have long traded and exchanged ideas via our platform and we in turn focus on creating authentic relationships with our communities. Naturally, Merdeka is the perfect opportunity for us to engage the LEGO fan community while celebrating 61 years of independence which highlights their creativity,” said Tang Siew Wai, Country Head of Carousell Malaysia.


Siew Wai added that hobbyists and enthusiasts could buy exclusive LEGO collections on Carousell. “To date, we have approximately 1 million LEGO listings on Carousell. This includes exquisite and scarce pieces of LEGO items to suit the user’s needs.”

“Sunway Pyramid has always been a strong supporter of the creative arts, advocating a variant of artists to display their pieces in our mall. Our collaboration with Carousell and ROB is part of our continuous efforts to offer a variety of activities to our shoppers especially on this very significant Merdeka celebration,” said Amy Hoo Ooi Mei, Senior Manager - Marketing of Sunway Pyramid.

“Matching different LEGO pieces to build this mural resembles the diversification of our culture and races living together in peace and harmony. The murals were built by artists from ROB to convey our love for our country and promote creativity with bricks. Carousell and Sunway Pyramid have been supportive partners in developing the community, and we hope that through this initiative, more will follow suit and develop their interest by joining our LEGO community on Carousell,” said Zen Chan Yang Shan, President of ROB.


A total of 166,888 pieces of LEGO bricks were used for the portraits displayed at the event, with 9,216 pieces used for Tun M and Tun Siti’s mural which was built by members of ROB.

ROB is a LEGO fan interest and networking group that focuses on LEGO projects, events and display in Malaysia. Over the years, the group has gathered LEGO hobbyists across the country to learn and share their passion. At present, the group has over 1,000 members that consist of enthusiasts from all walks of life.

For more information, visit Carousell on www.facebook.com/carousell.my, or download the Carousell app from the Apple Store or Google Play Store.