Sekapur Sireh

SEKAPUR SIREH DARI MEJA WEBMASTER



Assalamualaikum dan selamat sejahtera dengan segala kebesaran dan juga limpah rahmat dari Ilahi kerana telah diberi ilham untuk menyediakan Laman Web Blog rasmi LamanKeluarga pada tahun 2009 ini. Pelbagai halangan dan pengalaman yang telah ditempuhi sepanjang pelaksanaan laman web ini tetapi ianya tidak mematahkan semangat untuk melaksanakannya. Segala yang ditempuhi ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan tunjuk ajar daripada individu-individu tertentu selama ini.

Jutaan terima kasih saya tujukan buat insan tersayang iaitu ayahanda dan bonda yang telah banyak memberi kata semangat dalam pelaksanaan laman web ini. Sesungguhnya Laman Web ini yang telah dilaksanakan oleh saya sendiri tetapi dengan berkat pertolongan dari ayahanda dan bonda serta kaum keluarga sendiri memberi satu lagi peluang untuk mebuktikan bahawa ianya mampu dilaksanakan. Laman Web Blog rasmi ini memberi makna yang cukup besar kepada pembudayaan ICT dalam dunia yang serba canggih ini. Selain dalam bertujuan perkongsian maklumat dan berinteraksi di kalangan ahli berdaftar, laman web ini juga membantu pengguna ke arah celik IT sekaligus membantu memperoleh ilmu pengetahuan yang tidak terbatas dalam dunia Internet tanpa sempadan ini.

Selain itu, ucapan terima kasih diberikan kepada pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung kerana telah memberi kerjasama dan bantuan dalam pelaksanaan laman web blog rasmi LamanKeluarga ini. Semoga Allah SWT memberkati usaha yang dilakukan.

Adalah diharapkan laman web ini, dapat dimanfaatkan secara berterusan dan menambahbaik aspek - aspek dalam laman web tersebut.

Sekian, Terima Kasih.
Powered by Blogger.