Sejarah LamanKeluarga

Web Blog LamanKeluarga telah ditubuhkan pada Februari 2009. LamanKeluarga ini merupakan laman pertama yang siap dibina berasaskan CMS (Content Management System).



Definisi 
Content Management System yang asas adalah Sistem Pengurusan Kandungan iaitu sebuah perisian komputer yang membantu pengguna-penggunnya dalam proses pengurusan. Ciri-ciri bagi suatu CMS ialah mempunyai rekabentuk yang automatik, kandungan yang mudah disunting, terdapat modul dan panel yang mudah diubahsuai serta mempunyai peningkatan web dan pengurusan dokumen yang sesuai. Sejarah CMS bermula pada tahun 1995 oleh Vignette yang digunakan untuk penerbitan laman web. CMS beroperasi pada pelayar (server). Penggunaan FTP digunakan pada pelayar web bagi memuat turun setiap kandungan (content). Terdapat dua jenis CMS yang digunakan iaitu CMS berasaskan modul dan CMS berasaskan transformasi.



Pada awalnya, LamanKeluarga dibangunkan pada pelantar web 
http://www.blogger.com/. Ini disebabkan oleh LamanKeluarga masih belum mempunyai domainnya yang tersendiri. Dalam laman blogger.com ini, setiap kandungan telah siap disediakan dan pengguna hanya perlu mendaftarkan diri dahulu sebelum membina laman web. Pengguna yang telah mendaftar diri boleh mengubahsuai segala isi laman dengan menambah grafik yang menarik.
Powered by Blogger.