Family Day Nek Z 2018 Meriah Dengan Tema Mesra Kasih Bersaudara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Okay… Aqil nak cerita pada 10 dan 11 November lalu, Aqil dan family sebelah Ibu mengadakan Sambutan Hari Keluarga Nek Z 2018 di A’Famosa Resort, Melaka. Dengan tema “Mesra Kasih Bersaudara”, kami bertolak lebih kurang jam 2.30 petang. 


Oh ya! Sebelum tu kenapa Nek Z? Nek Z adalah panggilan buat nenek tersayang yang diberi nama Zaimah. Memandangkan nenek lah generasi pertama buat keluarga ini, jadi nama Nek Z terus melekat hingga ke hari ini. Hehehe

Inilah Nek Z

Sambung semula kisah di Hari Keluarga Nek Z. Dan, kami sampai lebih kurang jam 3.20 petang. Aktiviti bermula 4.15 petang. Meriah sekali bila dapat berkumpul dengan ahli keluarga. Walaupun tidak semuanya yang dapat hadir, tetapi bilangan ahli keluarga Nek Z sebenarnya semakin hari semakin bertambah. Memang awesome dan gempak lah kalua buat aktiviti kan. 

Okay…. Jom tengok beberapa gambar yang Aqil upload untuk tatapan pembaca blog ni. 








Best ke tak best Family Day Aqil ni? Cuba korang pula kongsikan aktiviti keluarga korang di komen di bawah. Hehe...

1 comment:

iam. fuzy said...

seronoknya...rindu nk berfamily gathering macam ni..

Powered by Blogger.